Nadiya Nisaa menunjukkan foto imbasan kandungan keduanya pada Mac lalu.
Kuala Lumpur – Anak kedua kepada aktres Nadiya Nisaa yang dikandungnya disahkan meninggal dunia di dalam perut ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di Putra Medical Centre, di sini hari ini.
Menurut suami Nadia, Saiful Razman Kasim, jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Batu Muda, Gombak sebelum solat zohor hari ini.
Beliau menambah, isterinya yang juga pelakon Jejak Warriors bagaimanapun berada dalam keadaan sihat, walaupun masih lemah dan bersedih atas kehilangan tersebut. – Utusan
Post a Comment