BEKAS pelakon drama bersiri Friends, Jennifer Aniston tampil meluahkan kekecewaan menerusi surat terbuka kerana dikaitkan dengan spekulasi sedang hamil disebabkan perubahan bentuk badannya.

Jennifer menzahirkan rasa marah dan muak dengan sikap media kerana sering memberi cerita yang menjatuhkan air mukanya kepada masyarakat.


“Untuk pengetahuan semua, saya tidak hamil dan berasa sangat kecewa dengan perhatian yang terlalu diberikan kepada perubahan bentuk badan saya.

“Persepsi bahawa wanita cantik haruslah berbadan kurus seperti supermodel banyak bermain di majalah dan media, setiap hari.

“Wanita itu sempurna atau tidak, sudah menimang cahaya mata atau belum, cantik atau tidak, semua itu bergantung  pada diri kita dan pandangan kita sendiri,” luah Jennifer dalam surat yang diberikan kepada Huffington Post.

Luahan rasa marah Jennifer disokong oleh beberapa selebriti terkenal seperti Jason Bateman, Christy Teigen, Melissa McCarthy dan Nikki Reed di media sosial.

Sebelum ini Jennifer pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon serta pengarah, Justin Theroux  dan ketika itu dia juga sering diburu mengenai soal kehamilan. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post