Kuala Lumpur – Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menetapkan beberapa garis panduan untuk ibu yang mahu melahirkan anak menggunakan kaedah bersalin dalam air, pelakon Diana Danielle berpendapat tiada sebab untuk menghalang kaedah tersebut di dalam negara ini.
Diana menyuarakan pendapatnya kerana dia sendiri telah menggunakan cara itu sebanyak dua kali dan dia berjaya melaluinya dengan selamat.
“Dua kali saya menggunaka cara bersalin dalam air ini dan saya merasakan tiada sebarang masalah untuk mengamalkan kaedah ini bagi kelahiran anak-anak saya yang seterusnya selepas ini.
“Saya berasa selesa dengan cara ini dan bagi saya, tiada sebab untuk menghalang kaedah ini dilaksanakan dalam negara kita.
“Doktor akan menjaga para ibu yang memilih cara ini dengan rapi dan doktor juga akan memastikan seseorang wanita itu mampu melalui kaedah ini sebelum membenarkan prosedur ini dijalankan,” katanya kepada Projek MMO.
Tambahnya, bersalin di dalam air juga merupakan cara yang selamat kerana dia dan kedua-dua anaknya tidak berdepan dengan sebarang masalah walaupun menggunakan kaedah tersebut. – Mynewshub
Post a Comment