Tidak mahu pisang berbuah kali, pemilik nama penuh Syed Muhd Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkata, beliau kini mengambil langkah berhati-hati sebelum menerima mana-mana pihak untuk berkawan dengannya di laman sosial.
"Walaupun kali pertama berlaku, ia sangat membimbangkan saya. Cerita ini pun saya kongsi dengan teman rapat saja sebelum ini.
"Selepas ini, saya akan pantau laman sosial saya dan akan lebih berhati-hati sebelum menerima sesiapa untuk menjadi rakan Facebook," ujar pemenang trofi Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 ini.
Apapun, semoga Abam lebih berhati-hati selepas ini kerana perkara seumpama ini memang sering terjadi kepada sesiapapun lebih-lebih lagi selebriti.
Sumber: Berita Harian

Post a Comment