Lima finalis untuk pertandingan Miss Teen USA telah menjadi bahan `troll’ di media sosial kerana mempunyai iras wajah yang hampir sama hingga sukar dibezakan antara satu sama lain.

Mereka ialah Miss Texas Karlie Hay, Miss South Carolina Marley Stokes, Miss North Carolina Emily Wakeman, Miss Alabama Erin Snow dan Miss Nevada Carissa Morrow.

Dalam pertandingan itu, Karlie telah dinobatkan sebagai Miss Teen USA.

Miss Teen USA sebelum ini mendapat pujian kerana membuang sesi pakaian renang dalam pertandingan tersebut namun pemilihan lima finalis ini telah menjadikan ia sebagai kontroversi.

Ramai yang tidak berpuas hati termasuk model Chrissy Teigen yang mempersoalkan pemilihan peserta finalis tersebut yang dilakukan tanpa kepelbagaian dan dari kelompok yang sama.

Komen Teigen dalam media sosial itu telah mendapat 137,000 like dan dikongsi 80,000 kali.

Namun Teigen memberikan penjelasan bahawa beliau tidak mengkritik peserta terbabit sebaliknya menyifatkan ia sebagai `kelakar’.

Bukan Teigen sahaja yang menyedarinya malah ada netizens yang menyangka gambar berkenaan adalah individu yang sama yang bergambar dalam lima gaya yang berbeza.

Perkara berkenaan bukan hanya isu yang tercetus malah tindakan pemenangnya, Karlie Hay yang menggunakan perkataan `negro’ dalam twitternya telah mengundang kemarahan ramai hingga dia terpaksa memohon maaf.

Post a Comment

Previous Post Next Post