Nadya atau nama sebenarnya Nadia Syahera Rosli, 22, memberitahu dia perlu menjalani pembedahan secepat mungkin selepas doktor mengesahkan dirinya menghidap penyakit itu.
"Selepas disahkan ada 'cyst', doktor sarankan supaya saya jalani pembedahan secepat mungkin dan saiz 'cyst' saya juga dah sebesar telur burung puyuh," katanya.
Mengulas mengenai penyakit tersebut, Nadya memberitahu dia mula berasa pelik setelah mendapati seperti ada benjolan pada bahagian bawah perutnya.
"Pada mulanya saya hanya rasa tak lalu makan dan rasa sedikit sakit di bahagian perut. Namun pada minggu ini kesakitan itu semakin teruk sehingga membuatkan saya terlantar di rumah.
"Selepas itu saya rasa seperti ada sedikit benjol dan semakin lama semakin besar. Selepas dibawa ke hospital, doktor sahkan saya ada 'cyst'," jelasnya.
Sumber: Nadya Syahera IG & Astro Gempak

Post a Comment