Namun, tindakan Azhan yang memuat naik sebuah hantaran yang kononnya dirinya diburu pihak bank kerana gagal membayar hutang membawa padah apabila blog-blog berita telah menggunakan entri media sosialnya sebagai berita dan telah menimbulkan salah faham.
Ujar Azhan,45, dia kini rungsing dan ‘sakit kepala’ memikirkan akibat yang bakal ditanggung di masa hadapan, melibatkan soal kepercayaan dan sebagainya.
Dia yang ditemui media berkata, tindakan sesetengah blog hiburan menggunakan tajuk yang menyimpang dari maksud asal yang pada mulanya hanya untuk tujuan gurauan semata-mata.
Terdahulu, pelakon drama rantaian Nur ini telah memuat naik sebuah entri bernada gurauan yang mengatakan dirinya telah dihubungi pihak bank kerana terlambat melunaskan komitmen bulanan. Ini berikutan kerana dia tidak mempunyai pendapatan kerana tidak dapat bekerja susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Namun jelas Azhan lagi, dia hanyalah bergurau dan apabila muncul tajuk-tajuk berita seperti itu, dia merasakan seolah-olah teruk benar kehidupannya ketika ini.
Sumber Beautifulnara

Post a Comment