Sebelum ini, pengacara dan pelakon popular iaitu Azwan Ali memaklumkan bahawa dia bakal menerima anugerah ‘Asean Inspiring Award Winner 2021’ dari negara jiran, Indonesia.
Namun begitu, Azwan Ali yang mesra disapa sebagai Diva AA itu didakwa meluahkan rasa kecewa apabila penganjur anugerah tersebut tidak profesional terhadapnya.
Difahamkan, malam tadi telah berlangsungnya anugerah tersebut di Indonesia. Azwan Ali sebelum ini telah diberitahu bahawa dia merupakan pemenang bagi salah satu kategori di anugerah tersebut. Sebagai pemenang, Azwan Ali dipercayai untuk menghadirkan diri dan dipelawa untuk memberi ucapan kepada peminat melalui aplikasi zoom
Susulan daripada itu, ada peminat turut menghantar mesej kepada Diva AA dan bertanyakan kepadanya kenapa dia tidak muncul di anugerah berkenaan. Tambah Diva AA, dia mendakwa anugerah tersebut seperti ‘pasar malam’ kerana pihak penganjur tidak merancang sebaik-baiknya dengan penerima anugerah.
Sumber: Divaazwanavazzztersohor1 dan ohBulan

Post a Comment