Popular menerusi filem Tentang Bulan suatu ketika dahulu, Fatin Afeefa meraih perhatian ramai apabila tampil semakin jelita di usia dewasa. Selain berlakon, Fatin Afeefa juga mempunyai suara yang merdu sehingga cover lagu bersama Tomok trending di media sosial

Terbaru, Fatin memuat naik foto OOTD bertemakan hitam putih sambil memakai face mask. Walaupun wajah tidak kelihatan dengan jelas, masih ada yang meninggalkan komen berunsur ‘lucah’.

Berikutan itu, Fatin memaklumkan akan mengambil tindakan terhadap seorang pengikut yang menghantar gambar ‘siput sedut’ di 'private messange'.
Di ruangan komen, peminat turut terhibur dengan tindakan Fatin Afeefa yang lantang menegur pengikut secara terbuka. Maklumlah mempamerkan alat sulit merupakan sejenis gangguan seksual yang perlu diambil serius. 

Kredit: Fatin Afeefa
Sumber Ohmymedia

Post a Comment

Previous Post Next Post