Sissy berkongsikan mengenai perkara itu menerusi akaun Instagramnya di mana insiden itu berlaku ketika dia menaiki bukit dan secara tiba-tiba kuda yang ditunggang itu membuat pusingan dengan kelajuan penuh.
Penyanyi berusia 26 tahun itu tidak dapat mengawal haiwan berkenaan dan hanya mampu menjerit ketakutan apabila dia dilambung sebelum terjatuh ke tanah.
Sudahlah kali pertama menunggang kuda untuk rakaman TV, namun Sissy difahamkan tidak mendapat sebarang kecederaan serius melibatkan tulang belakang akibat insiden berkenaan.
Dia kini difahamkan sedang berehat di rumah untuk proses penyembuhan kerana tidak dapat berjalan dengan baik dan mengalami kesukaran untuk berbaring.
Sumber Beautifulnara

Post a Comment