Tidak berakhir di situ, individu ini juga mendakwa bahawa Aeril ada berhubung dengannya menerusi mesej dan mengajaknya berjumpa di sebuah hotel di Melaka. Walaupun menerima mesej sedemikian, Wawa kelihatan tenang dan langsung tidak melatah. Difahamkan, wanita tersebut dipercayai sengaja menghantar mesej berkenaan semata-mata mahu memecah belahkan hubungan Wawa bersama Aeril Zafrel.
Tetapi sebaliknya pula yang terjadi apabila ramai dalam kalangan netizen menganggap mesej yang diterima Wawa itu melucukan kerana susunan ayat yang digunakan wanita terbabit agak sukar untuk difahami.
Menjengah ke ruangan komen, mereka bergurau mengatakan kemungkinan individu terbabit menggunakan khidmat ‘google translate’ untuk menulis mesej tersebut. Malah, mereka yakin dan percaya Aeril Zafrel tidak akan melakukan perbuatan yang dimaksudkan wanita terbabit.
Sumber: Wawa Zainal Instagram, Ohbulan

Post a Comment