Suami kepada Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir meluah perasaan dengan laporan sebuah portal berita yang mendakwa isterinya sedang hamil.
Difahamkan, pasangan suami isteri ini juga tertekan apabila diajukan dengan pelbagai soalan dari netizen mengenai berita tersebut. Tambah Nabil lagi, wartawan dari portal tersebut tidak langsung menghubungi dirinya mahupun Ayda untuk bertanyakan kesahihan berita sebelum menerbitkan di laman portal.
Suami kepada Ayda Jebat iaitu Nabil Mahir meluahkan rasa kurang senang dengan laporan sebuah portal berita yang mendakwa isterinya sedang hamil.
Menurut Nabil, mereka berdua tidak mengesahkan kesahihan berita tersebut namun ianya telah diterbitkan dan disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pengacara Nabil Mahir mengakui dia dan Ayda berasa marah dan sedih dengan apa yang telah berlaku. Difahamkan, pasangan suami isteri ini juga tertekan apabila diajukan dengan pelbagai soalan dari netizen mengenai berita tersebut. Tambah Nabil lagi, wartawan dari portal tersebut tidak langsung menghubungi dirinya mahupun Ayda untuk bertanyakan kesahihan berita sebelum menerbitkan di laman portal.
Dalam kehidupan ini, apabila kita mendapat berita yang baik, sudah pasti kita sendiri yang ingin kongsikannya. Hari ni kami pening, marah dan sedih sampai mengalir air mata kerana ramai yang terasa, tersentap dan yang ingin tahu. Stress yang tak diperlukan. Mungkin kalau betul, bukan saja saya dan Ayda malah artis atau orang lain ada alasan tersendiri kan?
Jika betul pun khabar itu, tiada seorang ibu atau bapa dalam dunia ini yang inginkan berita gembira mengenai zuriat pertama mereka dirampas dan dijadikan sebagai viral di portal gossip.
Nak cakap tentang agama? Buat platform gossip untuk viral tanpa kesahihan serta kebenaran tuan punya badan dapat pahala? You don’t even contact me or Ayda and your reporter don’t even call Ayda. Ibarat penyamun dah samun barang, bila kita tanya, kita salah. Sebab? Tak bagi salam dulu? Tapi kau dah samun dulu tak bagi salam juga okay ke?
Saya faham nak portal viral, but have some respect in other people’s business.
Reporter lain pun tau Ayda/Adik jenis akan jawab soalan reporter dengan baik dan solid jika kena dengan masa dan soalan sesuai untuk di jawab. Mereka boleh respect dan faham, how about you?
Anyway, terima kasih dari hati yang dalam di atas semua doa and wishes. Minta maaf pada yang tak reply atau jawab call. Harap semua faham. Nabil and Ayda love you guys so much.
Sumber: Nabil Mahir

Post a Comment