Sejak semalam, video berdurasi 38 saat telah tular di media sosial. Video tersebut menunjukkan seorang lelaki merosakkan cermin kereta wanita.

Lelaki itu juga dilihat menggukan topi keledar miliknya memecahkan cermin depan kereta mangsa ketika berhenti berhampiran persimpangan lampu isyarat di Parit Jawa, Muar.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, kejadian yang berlaku pada 3.25 petang itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara penunggang motosikal yang berusia 25 tahun dan pemandu kereta wanita berumur 26 tahun. 

Punca kejadian adalah berkaitan cara pemanduan kenderaan masing-masing yang menyebabkan suspek bertindak agresif dengan memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

Suspek juga telah memecahkan cermin sisi kereta sebelah pemandu dan merosakkan bonet hadapan kereta mangsa dengan menggunakan topi keledarnya. – Kata Asisten Komisioner Zaharudin Rasip.

Menurut Zaharudin, sebaik lelaki itu ditangkap petang semalam, dia kemudian dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar kerana dia dipercayai menghadapi masalah kesihatan mental dan masih dirawat di hospital.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video dan kenyataan di laman sosial sehingga tular yang boleh menimbulkan salah faham dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – Katanya.

Kredit: Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post