Perkara itu dimaklumkan oleh isteri Atu, Shafeeqa Johari yang memberitahu bahawa Atu rebah secara tiba-tiba selepas menunaikan solat Isyak sebelum dibawa ke sebuah pusat perubatan yang terletak di Shah Alam.
Atu atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif difahamkan mengalami strok haba berikutan cuaca yang terlalu panas melanda sesetengah kawasan di Malaysia setelah sehari suntuk menjalani penggambaran sebuah program TV.
“Saya ingatkan dia penat sangat disebabkan sehari suntuk menjalani penggambaran semalam. Selepas solat isyak dia terduduk lama sebelum tiba-tiba pitam dan rebah depan saya. Saya terus bergegas membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan dia terkena serangan strok haba. Menurut doktor, badannya kekurangan air disebabkan cuaca panas yang melanda negara sekarang.” kata isteri Atu
Atu juga diminta doktor untuk berehat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum kembali bekerja seperti biasa.
Sumber Harian Metro

Post a Comment