Zizi Kirana yang sebelum ini telah mengumumkan akan berubah dari segi penampilan mendedahkan bahawa masih ada individu yang tidak berpuas hati keatas dirinya meskipun dia kini ingin berubah ke arah kebaikan.

Zizi menjelaskan bahawa dia berasa gembira apabila beberapa perubahan dapat dilihat menerusi komen peminat di media sosialnya.
“Alhamdullilah, akhirnya ada juga komen-komen yang positif buat saya berbanding sebelum ini banyak yang negatif. Tapi sebelum ni saya tak ambil hati dengan komen mereka. Ia sudah jadi perkara biasa buat semua artis. Apa yang saya buat untuk program keagamaan itu bukan untuk meraih perhatian atau simpati mana-mana pihak.”

Terdahulu, imej Zizi yang sentiasa berpakaian seksi dikatakan tidak sesuai dengan budaya timur yang mementingkan kesopanan terutamanya buat golongan wanita.

Dia kemudiannya mengambil langkah perlahan-lahan untuk mengubah imej ke arah lebih patuh syariah di mana bermula dengan memadam gambar-gambar seksi di Instagram.

Malah, menurut Zizi, dia juga telah menyimpan baju-baju mendedahkan tubuh badan ke dalam kotak seperti yang dijanjikannya dulu.

“Saya taklah sampai buang terus pakaian-pakaian ni. Cuma ia dimasukkan ke dalam kotak dan diletakkan di tempat lain. Saya tak rancang nak bagi sesiapa. Hanya simpan dulu dan tak nak pakai lagi.”

Sumber Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post