Baru-baru ini, tular di media sosial terutamanya Twitter apabila sebuah video memaparkan pelakon senior, Rosyam Nor sedang menemubual ‘kembar viral 7G’ iaitu Ieka Tajudin dan Iera Tajudin di laman Youtube.

Sekadar info, kembar Ieka dan Iera itu sebelum ini telah mencuri perhatian netizen apabila mereka berdua telah memperoleh keputusan gagal hampir kesemua subjek dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Berikutan itu, video kembar tersebut bersama Rosyam telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan segelintir netizen apabila ada yang mendakwa pelakon itu seolah-olah menggalakkan golongan muda untuk tidak terlalu mengutamakan soal akademik dalam kehidupan.

Dia yang diminta untuk mengulas lebih lanjut tampil menyatakan bahawa Allah telah menetapkan rezeki buat setiap individu dan sebagai orang yang lebih ‘makan garam’, dia terpanggil untuk memberikan nasihat.

“Kejayaan dan rezeki seseorang itu kita tidak pernah tahu. Kalau dia dah tak berminat ke arah itu, saya sebagai yang lebih tua harus beri motivasi pada dia. Dia tak suka pada akademik tapi suka pada perniagaan. Jadi dia dah tak suka, biarlah dia teruskan dengan perniagaan. Saya juga bantu dia untuk promosikan perniagaan dia. Itu je niat dia.” kata Rosyam. 

Rosyam juga turut berkata bahawa sebagai orang yang lebih tua, dia hanya boleh memberi nasihat kerana mungkin bagi mereka berdua, akademik itu tak penting tapi lain pula pada orang lain.

“Saya sebenarnya melihat ke ‘padang’ yang saya pergi. Kalau dia jenis macam ni, saya akan bermain dan mengikut rentak dia. Kalau ke tempat lain, mungkin situasinya berbeza.” – Rosyam Nor

Sumber Media Hiburan

Post a Comment

Previous Post Next Post