Dia yang menyertai gerakan dakwah Islam itu setelah sekian lama menjelaskan hanya ingin menjaga kemuliaan jemaah berikutan kes yang terpalit ke atas dirinya.
“Jangan kaitkan saya dengan jemaah tabligh bagi menjaga kemuliaan nama jemaah tabligh, saya tidak lagi bersama mereka” tulis bekas pelakon itu menerusi sebuah hantaran di Instagram peribadi miliknya.
Namun begitu, lain pula jadinya apabila ramai yang tampil memberikan respon yang berbeza berikutan keputusan Zul Yahya itu.
Ada juga yang bersetuju namun lebih banyak yang mempersoalkan serta menyindir pelakon filem Gerak Khas The Movie itu.
Terdahulu, Zul Yahya dihentam hebat berikutan penolakannya untuk menerima vaksin COVID-19 serta pandangannya mengenai makanan sunnah yang mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen.
Sumber Beautifulnara
Post a Comment