Pelakon yang namanya semakin meningkat naik, Shaza Bae mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan untuk dijadikan ‘Sugar Baby’ oleh seorang lelaki.

Pemenang Dewi Remaja 2019 ini berkata lagi, dia terus menyekat akaun lelaki tersebut dan menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak terganggu apabila menerima mesej-mesej seperti itu. 

“Saya rasa saya bukan orang pertama yang dapat mesej peribadi sebegitu, saya hanya dapat satu mesej sahaja. Saya terus blok, benda macam ini saya tak layan, saya tak terganggu pun dengan orang macam ni, sebenarnya ia bergantung kepada cara kita respon.” ujarnya. 
Dia juga tidak menghakimi wanita di luar sana yang memilih untuk menjadi wanita simpanan kepada mana-mana lelaki kerana itu adalah pilihan hidup masing-masing.

Tambahnya lagi, setiap manusia ada mempunyai kisah hidup yang tersendiri dan pastinya mempunyai sebab tersendiri mengapa dia memilih untuk menjadi ‘Sugar Baby’.

“Apa yang kita boleh lakukan, doakan yang terbaik sahaja buat mereka, mungkin ada yang kita kenal dan mungkin tak kena, apapun, saya doakan mereka agar dapat pekerjaan yang baik.” ujarnya mengakhiri bicara.

Sumber Beautifulnara, Astro Gempak



Post a Comment

Previous Post Next Post