Namun, setakat ini tidak dapat dipastikan sama ada kehadiran Engku Emran adalah disebabkan hubungan istimewa atau sekadar jemputan rakan biasa sahaja. Kedua-dua belah pihak juga masih tidak memberikan sebarang penjelasan.
Bekas suami Noor Nabila, Sharnaaz Ahmad ketika dihubungi Astro Gempak enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi hubungan yang diperkatakan itu.
"Saya tak nak komen apa-apa. Itu hak Nabila." Katanya, perkara itu adalah hak Nabila jadi lebih baik dia tidak mencampuri urusan berkenaan.
Terdahulu, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mengambil keputusan berpisah pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.
SUMBER : Gempak
Kredit Beautifulnara

Post a Comment