Sari Yanti mendedahkan perkara itu apabila dia ditanyakan sama ada benar atau tidak berita mengenai dirinya kini sedang berbadan dua.
Menurut Sari, dia enggan berselindung lagi apabila ramai peminat bertanyakan soalan yang sama kepadanya. Lalu, dia mengakui bahawa dia kini sedang hamil anak ketiga hasil perkongsian hidup bersama Jep Sepahtu.
Dalam pada itu, Sari turut mendedahkan bahawa kehamilannya kali ini sebenarnya untuk kali yang ketujuh di mana dia mengakui pernah keguguran sebanyak dua kali sebelum ini.
Terdahulu, pelakon drama Kisah Kaisara ini mendapat perhatian peminat apabila fotonya bersama pelakon Scha Alyahya seolah-olah memperlihatkan dirinya sedang berbadan dua.
Sari Yanti dan Jep Sepahtu telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 yang lalu. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir. Sari juga mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq.
Sumbed Beautifulnara

Post a Comment