Namun, setelah video tersebut menjadi ‘viral’, ramai pula netizen yang mempersoalkan keaslian video tersebut di mana ada yang mendakwa ianya seolah-olah diadakan secara sengaja semata-mata untuk perhatian dan tujuan promosi.
Ditemui media, Shuk berkata dirinya reda meskipun dituduh sebagai penipu dan sengaja mencipta drama semata-mata untuk kembali relevan di mata peminat.
Dia yang sebelum ini terpalit beberapa kontroversi panas melibatkan hal rumah tangga sehingga mencetuskan kemarahan netizen sekaligus diberhentikan kerja sebagai penyampai radio Era FM tampil memberi penjelasan.
“Saya reda jika ada yang kata saya ini penipu dan sengaja buat drama sebab nak viral atau free marketing. Tidak ada yang saya nak komen lagi mengenai insiden tersebut, biarlah apa orang nak kata kerana apa yang saya tahu, saya sedang mencari rezeki yang halal.”
Tambahnya lagi, dia sedar pada ketika ini apa pun penjelasan yang keluar daripada mulutnya akan tetap dianggap salah oleh netizen.
Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Shuk berkata dia telahpun menerima permohonan maaf daripada individu tersebut menerusi mesej peribadi di Instagram (IG).
Dia juga menjelaskan bahawa tiada niat daripada awalnya untuk membuat laporan polis meskipun didesak oleh rakan-rakan.
Sumber Astro Gempak

Post a Comment