Menerusi video yang dikongsi beliau, Raja Ilya menjelaskan dia mempunyai pendirian yang tersendiri kerana tidak menerima tawaran berlakon yang disifatkan tidak bersesuaian dan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan olehnya. Namun, dia sama sekali tidak mendedahkan judul siri mana yang bakal ditayangkan di saluran Netflix.

"Tawaran yang saya terima itu bayarannya bagus dan diterbitkan syarikat produksi yang besar. Namun, saya tak nak buat." 

Jelasnya lagi,  kehendaknya sebagai individu dan sentiasa menghormati pendapat orang lain, yang mungkin menganggap lakonan babak sebegitu sebagai karya seni. 

Tawaran untuk berlakon bersama saluran terkenal itu, diterima olehnya dua tahun yang lalu. Tidak berakhir di situ, Ilya juga sebelum ini pernah menghantar video uji bakat bagi filem Star Wars, Jurassic World. Namun, tiada respon yang diberikan kepadanya.
"Sesetengah orang akan menerima babak sebegitu sebagai karya seni. Itu bergantung kepada individu sendiri. Namun, saya tak selesa untuk melakonkan babak yang memerlukan saya berbogel atau berkaitan dengan aksi seksual. Jadi, saya tolak." 

"Untuk uji bakat itu, nama saya disenarai pendek, namun tidak ada maklum balas. Saya anggap tidak ada rezeki pada waktu itu kerana saya tahu ada beberapa pelakon lain dari India yang turut disenarai pendek." 

Sumber: Raja Ilya

Post a Comment

Previous Post Next Post