Menurut laporan daripada The Sun, pihak kecemasan terus bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan dari lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus dirawat di lokasi kejadian sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pembedahan.
Dalam pada itu, jurucakap polis Mainz turut mengesahkan kepada media tempatan bahawa lelaki itu menggunakan pisau lipat untuk memotong alat kelaminnya.
Ketika pemeriksaan lanjut dijalankan di rumah lelaki tersebut, pihak polis menemui alat kelamin lelaki tersebut yang telah dipotong. Selain itu, pihak polis turut menemui sejumlah dadah yang dipercayai ganja yang dihisap oleh lelaki tersebut.
Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut berhubung keadaan lelaki tersebut. Selain itu, tiada maklumat lanjut sama ada doktor tersebut berjaya menyambung alat kelamin lelaki itu atau sebaliknya.
Sumber: The Sun

Post a Comment