Masih lagi heboh mengenai kes Noor Kartini yang dikecam ramai apabila memuat naik ayat yang seperti mempersoalkan sistem raja perlembagaan menerusi Insta Story miliknya kelmarin.

Walaubagaimanapun, ibu Neelofa itu telah pun tampil memohon maaf selain menjelaskan bahawa entri itu dibuat oleh pengurus media sosialnya dan dia langsung tidak tahu menahu mengenainya.

Malah staf berkenaan iaitu Zulshafiqah turut memuat naik permohonan maaf atas kesilapannya itu. Namun dia menegaskan bahawa penulisan tersebut bukanlah ditulis olehnya mahupun Noor Kartini tapi sebaliknya diambil daripada sumber lain sebagai rujukan peribadi sahaja.

Sumber Beautifulnara
SUMBER : Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post