Melalui Twitter, selebriti media sosial itu menggunakan pengaruh dimiliknya untuk membantu orang ramai memandangkan kita semua akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Menerusi posting itu, dia tampil untuk mengajak peniaga kecil-kecilan untuk mempromosikan produk masing-masing di thread yang disediakannya. Bukan itu saja, Khairulaming turut memudahkan orang ramai yang nak scroll dan tengok produk dicari dengan mengasingkan mengikut daerah.
"Thread bisnes makanan untuk KL dan Selangor. Feel free to promote your food business kat setiap daerah yg dibahagikan kat bawah.
Nanti mudah untuk orang cari kat daerah masing-masing hehe. Ayuh support small businesses!”
Ramai peniaga mengambil peluang itu dengan berkongsi apa yang dijual oleh mereka memandangkan Khairulaming mempunyai 796,500 pengikut di Twitter, jadi memang ramailah potential buyers.
Malah ada ramai yang bukan dari kawasan Selangor mahu pun Kuala Lumpur turut mencuba nasib mereka dengan mempromosikan produk masing-masing.
Usaha sebegini memang seharusnya kita puji dan sokong terutamanya ketika keadaan ekonomi tengah tak tentu disebabkan pandemik Covid-19. Memang seeloknya kita bantu peniaga lokal kecil-kecilan dan kalau korang nak join untuk support, bolehlah scroll thread Khairulaming ni.
Sumber Lobak Merah
Post a Comment