Mungkin ramai mengenali pelakon Zul Yahya, yang kini dilihat sudah semakin memperlahankan aktivitinya di dalam industri seni. Hal ini terjadi apabila dia dilihat sudah menukar imejnya serta mahu mendalami ilmu agama.

Namun sebelum-sebelum ini, Zul pernah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menjadi perhatian ramai hingga mendapat kecaman netizen. Terbaru di laman Facebooknya, selebriti tersebut ada menyuarakan pandangannya berkaitan isu kuarantin untuk pesakit Covid 19.

Pelakon tersebut mempersoalkan tentang urusan umat islam yang dijangkiti Covid 19 supaya mereka dikuarantinkan di dalam masjid. Baginya, hal ini bagus bagi membolehkan segala amalan untuk dilakukan secara berjemaah dan mendapat lebih banyak pahala.
Dia juga turut menambah bahawa banyak kegunaan masjid ini kerana ia merupakan rumah Allah SWT. Selebriti itu turut persoal tentang bagaimana untuk kita mendapat bantuan dari Allah SWT, sedangkan masjid tidak kita kunjungi. Di samping itu, dia turut berkata bahawa pandemik ini adalah satu hikmah untuk kita dan bukannya sejenis musibah yang diturunkan.

Selain itu Zul turut menyatakan niatnya untuk membantu menguruskan mereka yang dikuarantin di masjid, selain menyatakan kegembiraannya jika solat fardhu dapat dilakukan bersama-sama jemaah lain. Dia turut menambah, bahawa perkara ini boleh dilakukan jika adanya usaha dari kita sendiri.

Sumber Asal Lobak Merah

Post a Comment

Previous Post Next Post