Entry ini ditujukan khas buat student-student yang dah grad dan nak menempuh alam pekerjaan. Aku adalah majikan (owner company) yang memang berhadapan dengan ragam budak-budak yang datang interview kerja di tempat aku. Kadang-kadang tengok budak zaman sekarang, rasa kurang berkualiti, manja dan gedik.
1. Nak mohon kerja tetapi 'kerek'
Contoh ayat, "Tempat you ada kerja kosong ek?" Hallo! Macam itu ke nak bercakap dengan boss dan nak minta kerja?
2. Tak pandai buat resume
Ish.. ish.. belajar diploma tetapi resume pun tak tahu dan ada yang pandai buat resume tetapi tak menarik dan tak lengkap. Resume penting untuk latar belakang korang.
3. Resume tak lengkap dan tiada gambar
Padahal dalam requirement dah minta sertakan gambar. Minta gambar bukan nak tengok cantik atau tidak, tetapi nak tengok macam mana orang yang bakal bekerja itu.
4. Bagi gambar selfie
Bila tak ada gambar, aku minta gambar, diberi gambar selfie mulut muncung macam itiklah, pakai baju singlet dalam bilik tidurlah. Hello! Aku pantang betul jenis yang seperti ini. Belum apa-apa lagi dah tunjuk gedik dan tak profesional. Dah gatal sangat ke nak berlakikan boss-boss?
5. Mengorat
Baru tanya nak interview dah mengorat dan bajet-bajet ambil hati. Contohnya ajak berboraklah, kasih sayanglah. Apa bendalah.
6 Tunjuk tabiat tak elok ketika interview
Masa interview, siap tongkat dagu dan blur. Interview pun tak bawa resume dan sijil-sijil. Lupa katanya. Interview memang nak tengok sijil-sijil dan resume semua itu sebagai bukti. Dan syarikat nak salinan itu semua untuk senang majikan buat penilaian. Mesti buat salinan untuk diberikan kepada syarikat. Faham?
7. Gagal jawab soalan
Selepas itu, tanya soalan semua tak tahu. Sampai calculation basic math pun tak tahu. Jadi, apa makna ada degree kalau simple math pun tak tahu? Yes, degree student tak tahu math darjah tiga.
8. Dah dapat kerja, mula tunjuk perangai
Bila dah dapat kerja pula, pemalas, menjawab bagai. Sekali tegur okay lagi. Selepas itu, minggu depan, buat kesilapan yang sama. Bila orang tegur, melenting. Ini attitude yang paling aku menyampah. Bila gaji lewat bayar sehari, tahu pula mesej tanya dan suruh bayar cepat. Sehari saja lewat kot?
9. Takut duduk office seorang diri
Yang ini tak boleh blah. Bila staff lain cuti atau cover outdoor activity, yang sepatutnya duduk di office jadi takut pula nak tinggal seorang diri di office. Mesej aku, minta cuti sebab takut seorang diri di office. Apa punya manja dan mengada-ngada betullah. Hello! Kalau penakut sangat, pergi duduk bawah ketiak mak, tak payah kerja. Siang-sinag hari penakut apanya?
Jadi, kepada bakal-bakal pekerja sekalian, belajarlah menjadi tough! Jangan jadi manja sangat. Nak masuk bidang pekerjaan kena nampak anda seorang yang bijak, berani, tak manja dan tak mengada-ngada. Sungguhpun dapat boss yang sporting, tetapi kalau satu masa dia rasa awkward dengan kau, memang dia pun rasa tak nak tengok muka kau lagi. Faham-faham sajalah.
Bagi aku, tak kisahlah students degree, diploma universiti/kolej ke, ramai sangat yang tak berkualiti bila mohon kerja. Exam 4 flat, dekan setiap semesterlah tetapi sebenarnya, kadang-kadang majikan tak pandang pun dekan korang itu kalau cara pembawakan diri bukan seperti mahu mencari kerja. Alam pekerjaan tak sama dengan alam belajar. Tak guna cerdik atas kertas saja.
Jangan salahkan majikan kalau nak mencari yang berpengalaman walaupun pendidikan taraf SPM saja. Tetapi tengok diri dulu bagus atau sebaliknya. Kadang-kadang pengalaman itu tidak penting pun sebab semua boleh belajar. Tetapi kalau pembawakan diri pun tak pandai, jangan salahkan majikan kalau kau masih menganggur. Sebab majikan nak mencari orang yang boleh tolong menguruskan syarikat dia. Tapi kau pula tak boleh membawa diri, memang orang pun takut nak ambil risiko untuk ambil kau bekerja.
Seperkara lagi, jangan fikir nak bekerja di syarikat yang hebat-hebat sahaja. Syarikat kecil, tak nak kerja, rela menganggur 3-4 tahun. Kadang-kadang kerja syarikat hebat-hebat ini lebih pening sebab kau tak rasa sepak terajang antara staff lagi. Bila kau naik, akan ada staff yang pijak kau.
Dan bila bekerja dengan syarikat besar, peluang untuk gaji lebih besar mungkin sedikit terhad sebab banyak lapisan yang akan tengok potential kau. Tetapi kalau syarikat kecil pula dah income boss 5-6 angka sebulan, mungkin nak bayar insentif 3-4% setiap bulan untuk kau, celah gigi dia saja. Asalkan kau rajin buat kerja, tak curi tulang, ingin perbaiki diri dan bertanggungjawab. - Tuan Anas Mikhael
Post a Comment