Baru-baru ini, tular di media sosial mendakwa pasangan selebriti yang baru berkahwin melakukan perjalanan rentas negeri untuk berbulan madu di Sabah. 

Tuduhan itu mula menjadi panas apabila pasangan itu menyiarkan foto yang menunjukkan suasana mereka berada di sebuah resort. 

Sehubungan itu, polis akan melakukan siasatan menyeluruh dan memanggil pasangan tersebut untuk memberi keterangan sebaik tiba di semenanjung.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Ashari Abu Samah mengatakan bahawa mereka telah menerima permohonan perniagaan antara negeri ke Sabah pada 20 Mac. Permintaan itu diajukan di Balai Polis Setapak sekitar jam 5:00 PM.

"Pemohon ada mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. Berdasarkan dokumen itu, polis meluluskan permohonan rentas negeri yang bermula pada 21 hingga 25 Mac ini."

"Bagaimanapun, gambar lelaki berkenaan bersama isterinya berusia 31 tahun kemudian tular di media sosial, semalam." 

"Pasangan itu dikatakan pergi berbulan madu di kawasan peranginan dan mengakibatkan orang ramai mempertikaikan bagaimana mereka mendapat kebenaran rentas negeri ke Sabah."

Jelasnya lagi, jika pasangan ini didapati memberikan keterangan palsu untuk merentas negeri, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

" Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan di atas budi bicara polis dalam memberikan kebenaran rentas negeri bagi urusan perniagaan, kerja atau pun kecemasan." 

SUMBER : Harian Metro

Post a Comment

Previous Post Next Post