Setelah Engku Emran dan Noor Nabila baru-baru ini sah menjadi suami isteri, ramai yang berminat dan ingin mengetahui bagaimana Engku Aleesya menerima keluarga barunya.

Sebelumnya, Erra Fazira mengatakan bahawa anak tunggalnya itu sudah lama menginginkan adik dan gembira dapat bertemu Jebat Jayden, anak Noor Nabila dan Sharnaaz Ahmad, menurut laporan mStar.

“11 tahun dia seorang, jadi memang dia agak kekok sedikit tapi saya harap dia jadi kakak yang baik sebab impiannya nak jadi kakak dah tercapai. Di bibirnya, dia selalu bercerita tentang kebijaksanaan Jayden, dia kata adiknya itu smart boy, memang dia sayang sangatlah pada Jayden.”

Apabila Erra ditanya sekiranya dia ada memasang niat untuk bergelar isteri sekiranya bertemu dengan pasangan yang sesuai, pelakon wanita itu tidak menolak sekiranya ia berlaku.

“Saya okey sahaja kalau anak okey tapi kalau ada jodoh, adalah nanti. Saya pernah usik dia (kalau saya nak kahwin lagi), tapi dia cakap ayah nak kahwin, biarkan ayah kahwin tapi mama tak perlu (kahwin). Saya harap dia cuma bergurau sahajalah cakap begitu (tertawa).” ujar Erra Fazira. 

Sumber Mstar, Beautifulnara 

Post a Comment

Previous Post Next Post