Gara-gara sebuah kereta Audi mengambil dua petak parkir sekaligus, seorang pemandu lain terlepas peluang parkir di situ.

“Saya tidak mengerti kenapa ada juga individu yang memandu kereta mewah namun punyai otak sebesar kacang. Mereka hanya pentingkan diri sendiri dan bodoh,” luah Dominic kecewa.

Pemilik Audi Salah Parkir, Terima Nota 'Saman'
Bagaimanapun Dominic memberitahu, bukan dia seorang yang berasa sakit hati melihatnya.

Ianya terbukti menerusi sekeping nota ditinggalkan pada cermin hadapan kereta berkenaan tertera, ‘Are you an idiot? You’re taking 2 parking lots.’

Menurutnya nota tersebut memang sudah ada pada cermin hadapan sewaktu dia menghampiri kereta berkenaan.

Apa pun pemandu Audi ‘otak kacang’ ini patut bersyukur kami rasa, sebab bahasa pada nota yang ditinggalkan taklah kejam sangat dan kereta mahalnya itu tak digarit syiling. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post