SEBELUM ini, Azrel Ismail pernah mengakui bahawa Ruhainies merupakan insan istimewa dalam hidupnya, tetapi baharu-baharu ini, Azrel telah menyangkal dakwaan yang mengatakan dia merupakan teman lelaki Ruhainies.

“Sebagai kawan rapat, saya hanya berharap bahawa Ruhainies akan menumpukan perhatian pada kerjaya seninya. Dia harus lebih waspada dan berhati-hati dengan perkara yang tidak diduga,” katanya kepada BH Online.


Azrel juga mengakui berasa terkejut apabila dirinya terpalit sama dengan kontroversi yang melanda Ruhainies sehingga didakwa merupakan teman lelaki kepada pelakon teersebut.

Tambahnya lagi, mereka hanya berkawan baik sejak digandingkan bersama dalam drama tahun lalu tanpa menjalinkan hubungan cinta.

Terdahulu, Azrel pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia yakin Ruhainies tidak mempunyai sebarang hubungan cinta dengan Datuk Seri Adnan Abu seperti yang dikatakan oleh orang ramai.

Azrel juga memberitahu bahawa Ruhainies telah memaklumkan kepadanya ketika mahu berjumpa dengan Datuk Seri Adnan tempoh hari. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post