NAMA penyanyi dan penulis lirik, Yuna tiba-tiba menjadi bualan ramai apabila penyanyi tinggi lampai itu dipeluk Usher ketika berduet bersama sewaktu mengadakan persembahan di Amerika Syarikat.

Insiden spontan itu berlaku di penghujung persembahan selepas mereka mendendangkan lagu hits, Crush sempena konsert tribute penyanyi Prince di The Roots Picnic 2016, Philadelphia.


Dek kerana aksi tersebut, pelbagai hentaman dan tomahan diberikan peminat kepada Yuna sehingga membuatkan dia tampil membidas segala kritikan dengan mengatakan kehadirannya dalam bidang seni bukan untuk memuaskan hati semua pihak.

Kaitan: Peluk Usher, ‘Saya Bukan Nak Puaskan Hati Orang’

Bagaimanapun di laman Twitter, rata-rata netizen tampil membela Yuna dan berpendapat Usher tidak faham dengan adab budaya masyarakat Malaysia.

Tambahan lagi, tindakan spontan Usher itu tidak disengajakan kerana Yuna telah menunduk hormat terlebih dahulu sebelum pemenang anugerah Grammy itu memeluknya selama tiga saat sebagai tanda terima kasih.

Insiden Dipeluk Usher, Apa Kata Netizen?

Insiden Dipeluk Usher, Apa Kata Netizen?

Insiden Dipeluk Usher, Apa Kata Netizen?

Insiden Dipeluk Usher, Apa Kata Netizen?

Insiden tersebut turut membuatkan netizen mengecam tindakan beberapa pihak yang seakan berat sebelah dan tidak melihat ‘realiti’ sebenar pelakon-pelakon tanah air di dalam cerekarama mahupun babak filem.

Sementara itu Yuna menerusi akaun Twitter miliknya hanya menulis entri “Minum teh sekejap tengok komen-komen haters ni sebelum soundcheck.”

Tindakan tersebut dipuji pengikut Yuna yang tidak melayan kata-kata negatif ‘haters’ di samping memberikan semangat kepada penyanyi bertaraf antarabangsa itu. – MYNEWSHUB.CC

Post a Comment

Previous Post Next Post