Islamabad – Selebriti media sosial Pakistan, Qandeel Baloch, menjadi mangsa terbaru ‘pembunuhan maruah’ apabila dibunuh abangnya.

Polis berkata, pelakon yang juga model berusia 26 tahun itu dibunuh oleh abangnya, Wasim, di daerah Multan.

“Dia dicekik hingga mati. Kami percaya ia pembunuhan kerana maruah dan kami sudah melancarkan gerakan untuk menangkap Wasim. Dia melarikan diri selepas kejadian,” kata Ketua Polis Daerah, Azhar Akram.


Nama sebenar mangsa ialah Fouzia Azeem dan dia memilih nama samaran Qandeel Baloch selepas membabitkan diri dalam bidang modeling.

Menurut polis, Qandeel sebelum ini diberi amaran supaya meninggalkan bidang berkenaan kerana keluarganya tidak gembira dengan gambarnya di media sosial yang dianggap memalukan mereka.

Ancaman itu menyebabkan dia meminta bantuan polis supaya memberi perlindungan kepadanya.

Dia juga pernah beberapa kali menyuarakan hasrat untuk berkahwin dengan bekas jaguh kriket yang kini tokoh pembangkang Pakistan, Imran Khan.

Post a Comment

Previous Post Next Post