SIAPA sangka satu artikel yang kami siarkan pada hari ini tentang seorang lelaki bertuah, Muhammad Faiz Hashim yang memiliki dua isteri namun mampu hidup secara harmoni, bakal membuka satu cerita lain.
Salah seorang Likers menerusi akaun Facebook Mynewshub Pjien Hassan ternyata benar-benar menghadam artikel ini apabila menyahut cabaran yang kami tuliskan di penghujung ayat dalam artikel tersebut iaitu “Kalau berani cubalah tag gambar kemesraan isteri beliau dengan madunya di Facebook isteri anda dan tunggu responnya kalau dia faham (kami tak bertanggung jawab pada hasil akhir eksperimen)” apabila memberi komen akan tag isterinya jika komennya itu mendapat lebih 20 Likes.
Hasrat Pjien segera dikabulkan Likers Mynewshub yang lain dan masing-masing kemudiannya meminta Pjien menunaikan kata-katanya itu.
Semakin lama, semakin ramai muncul minta Pjien buktikan dia berani buat apa yang dikata tapi dia hanya membisu tanpa sebarang komen balas…
Pembaca Mynewshub Nak Kahwin 2.. Ini Respon Si Isteri!Pjien Hassan terbukti lelaki sejati yang mengotakan katanya apabila bertindak tagged isterinya selepas puluhan likes diterima.
Selepas itu, jawapan yang dinanti-nantikan dari pihak isterinya muncul.
Bersama salinan posting di Facebook Mynewshub Anna Mohktar menulis: “Mengatal betul lelaki aku ni yer Pjien Hassan.”
Rata-rata netizen beranggapan baik Pjien mahu pun isterinya dalam jawapan balas, cuma sekadar bergurau senda.
Tapi bak komen isterinya dalam satu komen “untung-untung hari ni lawak Pjien sampailah punchline, biasa hambar je” maka jawapannya mungkin cuma akan diketahui bila Pjien balik kerja nanti.
All the best ye Pjien.. kalau berjaya jangan lupa kongsikan dengan kita orang ye sebab ramai lagi nak try nasib guna cara tag Facebook bini kalau cara tu memang boleh pakai, kahkah. – MYNEWSHUB.CC
Post a Comment