KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai ah long mati ditembak 16 das dalam kejadian berhampiran simpang lampu isyarat di hadapan Setapak Sentral, pukul 3.35 petang tadi.
Mangsa, 43 tahun, bapa kepada 3 orang anak menemui ajal di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala, badan dan kaki.
Berdasarkan video rakaman CCTV, empat suspek menunggang dua motosikal dilihat menghampiri kereta mangsa lalu berhenti sebelum pembonceng kedua-dua motosikal tersebut turun dan menembak mangsa.
Kejadian itu berlaku dengan pantas sebelum kedua-dua suspek kembali menunggang motosikal dan beredar dari tempat kejadian.
Apa yang menimbulkan tanda tanya, satu lagi rakaman yang diambil saksi di tempat kejadian menunjukkan jasad mangsa dipindahkan dari keretanya ke sebuah kereta lain berwarna putih.
Post a Comment