Menerusi laporan yang dipetik daripada Tribun News, kejadian tersebut dikatakan berpunca kerana suspek yang berasal dari Indonesia ini berang selepas beberapa kali ajakan untuk melakukan hubungan intim ditolak oleh isterinya. 

Menurut sumber, wanita berkenaan mula bersikap dingin dan tidak mahu melakukan hubungan seks selepas suaminya itu tidak memberikan wang belanja kepadanya.

Gara-gara tidak dapat menahan nafsu serakahnya, suspek yang dikenali dengan nama Toni Napitulu bertindak menjadikan anak kandungnya yang baru berusia 9 tahun sebagai ‘hamba seks’. 

Namun perbuatan itu akhirnya diketahui oleh si isteri sebelum laporan polis dibuat. Wanita itu melihat suspek melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut di belakang rumah mereka.

Selepas dua bulan diburu polis, suspek berjaya diberkas. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah mencabul dan memperkosa anak kandungnya sebanyak 10 kali. Dia juga memaklumkan nekad bertindak sedemikian selepas tidak mendapat layanan isterinya. Menurut suspek, dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut terhadap sesiapa kecuali anak kandungnya sahaja.

Difahamkan, perbuatan keji itu dilakukan oleh suspek sejak dari tahun 2018 hingga kali terakhir adalah pada 21 Disember 2020 yang lalu.

Sumber: Tribun News

Post a Comment

Previous Post Next Post