Slot Samarinda TV3, drama ‘Aku Yang Kau Gelar Isteri’ arahan sutradara Shuhaimi Lua telah ke udara, menampilkan plot cerita yang sangat menarik iaitu isu pemakaian susuk.

Namun begitu, beberapa adegan dalam drama tersebut dipercayai sudah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) atas sebab tidak sesuai ditayangkan kepada umum.

Di Instagram, Sharifah Sakinah meluahkan rasa  sedih apabila kerja kerasnya semasa melakukan sebuah adegan tidak dapat disiarkan dalam episod kelima semalam. 

"Scene ni ingat lagi pukul 5 pagi dekat sungai, tetiba kena delete. Penatnya berlakon pastu kena delete. Bye."
Menurut Sharifah Sakinah, babak dia bersama Embun (Lana Nodin) di sebatang sungai telah dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem. Tambahnya, dia berasa penat apabila babak yang dirakam pada pukul 5 pagi itu tidak dapat ditayangkan kepada umum. Menerusi video perkongsian Sharifah Sakinah, Embun kelihatan membaca ‘mantera’ semasa hendak memandikan Laila di sungai tersebut.

Rasanya macam sedih pun ada, geram pun ada. Banyak scene seram dipoyong dan dipendekkan dalam #akuyangkaugelaristeri Rasa down pun ada. Banyak scene seram di potong episod 5 malam ni. Contoh scene di bawah. Rasa boleh berhentikan kot mengarah!

 

Selain Sakinah, penerbit dan pengarah drama tersebut iaitu Shuhaimi Lua turut meluahkan rasa sedih dan geram selepas beberapa adegan dalam dramanya itu terpaksa dipotong. Jelasnya, kesemua pelakon dan krew produksi telah memberikan yang sehabis baik ketika menjayakan kesemua adegan yang dipotong itu. Ujarnya lagi, malam ini juga ada satu adegan yang berkaitan dengan Raihani (Nadia Brian) terpaksa dipotong.

Sumber: Instagram Sharifah Sakinah & Shuhaimi Lua dan Ohbulan

Post a Comment

Previous Post Next Post