Akan tetapi, berbeza dengan berita mengejutkan melibatkan pekerja meninggalkan tempat kerja lebih awal dari waktu habis kerja di Jepun.
Beberapa pekerja Lembaga Pendidikan Bandar Funabashi di Daerah Chiba telah didenda dengan potongan gaji kerana meninggalkan pekerjaan 2 minit lebih awal, lapor The Sankei News
Pihak pengurusan memandang berat tentang perkara itu sepanjang Mei 2019 hingga Januari 2021.
Bukan itu sahaja mereka juga membongkar bahawa sebanyak 316 kali itu, ramai pekerja menulis masa palsu pada kad mereka supaya mereka boleh keluar lebih awal.
Lebih mengejutkan, seorang wanita merupakan penolong pengarah Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, berumur 59 tahun bertindak membantu pekerja lain untuk keluar lebih awal.
Sebagai denda, dia telah dipotong gaji sebanyak satu per sepuluh selama 3 bulan.
Berdasarkan laporan, wanita terbabit keluar kerja awal 2 minit dari waktu habis kerja iaitu 5.15 petang kerana ingin menaiki bas pada pukul 5.17 petang untuk balik ke rumah.
Selain itu, 2 pekerja lain yang berumur lingkungan 60 tahun diberi amaran bertulis manakala 4 pekerja lain menerima amaran tegas.
Berita ini serta-merta menjadi tular di laman sosial di mana ramai netizen menyelar tindakan pihak berkuasa yang disifatkan tidak bertimbang rasa terhadap pekerja.
Namun begitu, ini bukanlah kali pertama pekerja di Jepun didenda kerana tidak menepati masa. Pada tahun 2018 lalu, seorang pekerja berusia 64 tahun didenda dan ditahan hanya kerana dia rehat 3 minit lebih awal.
Sumber: The Sankei News
Post a Comment