Belum reda dengan isu berpakaian seksi baru-baru ini, Nonny Nadirah sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik foto berendam di dalam besen air tanpa baju. Foto yang diambil daripada belakang itu menunjukkan Nonny memakai kaca mata hitam dengan kapsyen ‘soap’.
Mengenai perkara ini, rakan baiknya Mila Jirin menyatakan kekecewaannya terhadap apa yang telah dilakukannya. Menurut Mila, dia tidak mahu mengutuk, tetapi hanya dapat berdoa agar Allah SWT mengembalikan hati rakan-rakannya di jalan yang benar.

Mila menambah bahawa dia sebelumnya telah menerima pelbagai kritikan kerana secara terbuka menegur di Instagram. Oleh itu, kerana tekanan, dia terpaksa menutup bahagian komen. 
"Aku tak BODOH nak tegur tanpa betul betul lakukan apa yang perlu di lakukan sebagai sahabat! Takkan lah bodoh aku tak whatsapp…tak call…tak direct bercakap…Kau JANJI kat aku tapi???" 

"Sebelum aku cakap secara PUBLIC. Ada SEBAB aku LOUD!! Aku tak perlukan PUBLISITI pun seperti mana orang dok kutuk aku.. Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!"

"Harini aku antara yang SANGAT FRUST! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang PELAKON!"

"Mungkin selama ini aku sahaja yang anggap kau SAHABAT… Tahniah sahabat!"

"Aku dah tak mampu buat apa apa…mungkin 1 JUTA FOLLOWERS yang kau impikan. AKU CUMA ADA DOA ….AKU DOA MOGA ALLAH JENTIK HATI KAU…AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau."

"Aku post kat sini, sebab aku tau ko akan baca disini…"

Berasa sangat kecewa, Mila Jirin menganggap mungkin selama ini dia sahaja yang menganggap Nonny sahabat baik namun tidak bagi Nonny. Walau bagaimanapun, dia memohon Allah SWT membuka hati rakannya untuk berubah.

SUMBER : Mila Jirin, Beautifulnara 

Post a Comment

Previous Post Next Post