Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sedang mengandung anak kedua. Untuk kehamilan kedua ini, Siti mendedahkan bahawa dia akan menimang bayi lelaki. Difahamkan, kandungan Datuk Siti Nurhaliza sudah mencecah usia 7 bulan.

Untuk anak pertama, Siti mengeluarkan sebuah lagu berjudul Comel Pipi Merah, khusus untuk permata Siti Aafiyah di hati. Tidak menghairankan, single ini mendapat sambutan yang hangat. 

Baru-baru ini, Siti mengumumkan melalui Instagram bahawa dia akan mengeluarkan single terbarunya, iaitu single lagu kanak-kanak Medley Klasik Siti. Menurutnya, keseluruhan album akan dikeluarkan pada April 2021. 

Di bahagian komen, ramai orang sangat teruja dan tidak sabar untuk menunggu keluaran lagu ini dalam dua hari lagi. Permulaan lagu saja telah membuat banyak orang jatuh cinta!

Siti menambah bahawa lagu-lagu iyu sangat sesuai untuk kanak-kanak dan generasi akan datang. Khazanah klasik kanak-kanak harus dipelihara agar tidak ditelan zaman. 
Sumber Beautifulnara 

Post a Comment

Previous Post Next Post