Insiden gerai Shuk Sahar diserang oleh seorang individu tidak dikenali dengan kata-kata provokasi baru-baru ini telah selesai berdamai.
Walaupun ada yang meluahkan rasa kasihan namun rata-rata netizen meninggalkan komen sinis dan mengatakan mungkin ini hanyalah gimik yang dirancang oleh selebriti tersebut. Pun begitu, Shuk tampil tenang dan reda sekiranya dianggap sedemikian oleh segelintir netizen.
“Jadi korang saya dah berjumpa dengan brader ini lah yang datang masa saya berniaga air tu. Apa yang kitorang nak bagitahu kita dah ambil keputusan untuk berdamai.”
Selepas sahaja berdamai, Shuk dilihat telah memadam posting asal mengenai kejadian tersebut. Malah individu itu turut mengakui tindakan itu tidak patut dilakukan memandangkan dia adalah orang dewasa.
“Saya nak minta maaf pada Shuk sebab provok macam-macam dengan kata-kata yang tak patut saya cakap. Sebagai orang dewasa kan, saya minta maaf sangat.”
Sumber Beautifulnara
Post a Comment