Menurut laporan Bernama, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap supaya urusan pulang ke kampung pada hari raya dapat dilaksanakan.

"Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.

Tetapi dengan kes yang makin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung." Jelas Ismail Sabri

Walaubagaimanapun, salah satu punca kes meningkat sebelum ini pun adalah disebabkan rentas negeri. Jadi, keputusan untuk membuka sempadan negeri buat masa ini harus dipertimbangkan lagi disebabkan negara kita masih lagi mencatatkan empat angka kes harian.

Kredit: Bernama

Post a Comment

Previous Post Next Post