Dalam majlis perkahwinan yang sederhana yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, dua pasangan merpati dua sejoli itu telah diijabkabul sebagai suami isteri hanya dalam satu lafaz.
“Tadi, sebelum akad nikah, jantung saya berdegup laju. Tetapi selepas selesai majlis, lega sikit. Alhamdulillah, segala-galanya dipermudahkan. Saya dan suami mengecap fasa baharu dalam ikatan perkahwinan.” ujar Risteena
Dia menambah bahawa Isa Khan sangat bertekad dan bersungguh-sungguh untuk menghalalkan hubungan mereka.
“Selain kesungguhan diri, kejujuran hatinya membuatkan saya yakin.”
Bahkan suaminya membuktikan bahawa dia seorang lelaki yang romantik dengan mencipta lagu bertajuk ‘Karunia Terhebat’ sebagai tanda simbolik kisah cinta mereka.
Menurut Isa, dia juga telah berjanji dan berharap akan dapat membahagiakan Risteena sampai bila-bila.
“Dia wanita hebat. Cinta dan kebahagiaan yang diberikan kepada saya selama ini, sangat luar biasa. Saya tidak mahu mempersia-siakannya. Saya hargai apa yang dilakukannya.”
SUMBER : Berita Harian
Post a Comment