Sebilangan besar pengguna internet masih tidak percaya, ketika ada desas-desus yang beredar bahawa kakak Neelofa, Noor Nabila, sedang jatuh cinta dengan Engku Emran. 

Walaupun menafikan berita itu, spekulasi semakin meningkat ketika Engku Emran berkongsi menyiarkan gambar bayangan Noor Nabila di radio keretanya di salah satu catatan Instagramnya, disertai dengan kapsyen yang romantis.

Sekaranh bertambah kecoh dan lebih banyak kekeliruan bahawa Engku Emran dan Noor Nabila akan berkahwin esok. Setelah menjadi topik bualan, ini adalah jawapan Nabila, menurut laporan BH dalam talian.

“Minta maaf, saya tidak boleh komen. Sebelum ini, saya sudah memberikan kenyataan saya tidak mahu komen mengenai perkara ini. Saya juga bukannya seorang artis. Saya harap semua memahami, terima kasih.”

Untuk pengetahuan semua, gosip antara mereka bermula apabila Engku EMran dilihat menyertai sesi usrah yang dilakukan di rumah Noor Nabila selain keduanya yang dikatakn rapat memandangkan sering meluangkan masa bersama bagi melakukan aktiviti berkayuh. 

Sumber Beautifulnara 

Post a Comment

Previous Post Next Post