Pernah hangat diperkatakan dengan cara pemakaian yang menjolok mata ketika berada di pantai ataupun melancong. 

Eyka Farhana sekali lagi menjadi bahan bualan netizen apabila dia ada memuat sebuah foto dan video pendek di laman Instagram, baru-baru ini.
Dengan mengenakan baju satin berwarna hijau Emerald itu kelihatan agak seksi dan menjolok mata sehingga menampakkan sebahagian besar daripada dadanya.
Meskipun tujuan utama Eyka memuat naik foto tersebut dengan tujuan untuk mempromosikan baju yang dipakainya, tetapi ada segelintir peminat mendakwa bahawa ianya tidak sesuai kerana terlalu terdedah.

“Malaikat di kiri kanan is watching..” ujar seorang individu di ruangan komen fotonya itu. 
Dalam pada itu, ramai yang meninggalkan pesan buat pelakon drama Hello, Jangan Tapau Cintaku ini agar diberikan hidayah dan lebih peka dengan cara berpakaian serta lebih menjaga auratnya selepas ini.

Sumber Beautifulnara 

Post a Comment

Previous Post Next Post