Seperti kebanyakan remaja lain di Myanmar, Ma Kyal Sin berkongsi suka duka kehidupan mudanya menerusi media sosial.Namun sejak Rabu lalu, remaja berusia 19 tahun itu menjadi sebutan ramai.
Namanya dijulang di Facebook dan Twitter. Fotonya yang berbaju hitam dengan tertera ayat '𝐄𝐯𝐞𝐫𝐲𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐰𝐢𝐥𝐥 𝐛𝐞 𝐎𝐊' menghiasi media seluruh dunia.
Dan perkataan 'Everything will be OK' itu kini menjadi tanda pagar trending di pentas antarabangsa.
Namun tragisnya, Kyal Sin tidak dapat menyaksikan semua itu apabila dia terkorban dalam perjuangan untuk membebaskan idola demokrasinya sendiri, Aung San Suu Kyi.
Dalam demonstrasi jalanan secara besar-besaran di bandar Mandalay Rabu lalu, Kyal Sin bersama puluhan ribu penunjuk perasaan lain 'bertempur' dengan pihak tentera dan polis.
Namun, rupa-rupanya itu merupakan hari paling berdarah buat Myanmar. Pada hari itu sahaja dilaporkan 38 orang penunjuk perasaan maut ditembak pihak berkuasa yang menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan peserta demonstrasi.
Salah seorang yang terkorban ialah Kyal Sin. Dia maut di jalanan selepas sebutir peluru tepat mengenai kepalanya.
Kematiannya kini ditangisi dunia terutamanya pecinta demokrasi. Kyal Sin juga kini menjadi simbolik baru perjuangan aktivitis demokrasi di bumi Myanmar.
𝐃𝐢𝐚 𝐢𝐛𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐞𝐦𝐨𝐤𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐣𝐮𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐌𝐲𝐚𝐧𝐦𝐚𝐫 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐧𝐭𝐚.
Namun, lebih menyedihkan, dalam demonstrasi jalanannya, gadis itu bagaikan mengetahui perjuangan mengembalikan demokrasi boleh meragut nyawanya.Kyal Sin yang juga seorang atlet taekwondo dan penari sejak awal-awal lagi sudah memuat naik status di Facebooknya untuk menyumbangkan organ tubuh beliau jika dia terbunuh.
Titipan akhir Kyal Sin yang menyentuh hati, membuatkan pesanan duka dan pujian netizen membanjiri halaman Facebooknya.
Salah seorang rakan beliau, Myat Thu, 23, yang bersama-samanya ketika protes, mengenang Kyal Sin sebagai gadis muda yang sangat berani.
Kyal Sin dikatakan dengan beraninya menendang paip air hingga terbuka supaya penunjuk perasaan lain dapat mencuci muka daripada gas pemedih mata yang dilepaskan pihak polis.
"Ketika polis melepaskan tembakan, dia mengatakan kepada saya 'Duduk! Duduk! Peluru akan mengenai kamu'. Dia merawat dan melindungi orang lain sebagai seorang kawan," kenang Myat Thu.
Mya Thu masih mengingati bagaimana Kya Sil yang kini digelar Angel juga sangat berbangga ketika membuang undi buat pertama kalinya pada November tahun lalu.
Dalam pilihan raya tersebut parti Parti Liga Nasional bagi Demokrasi (NLD) menang besar apabila memperoleh 346 kerusi, lebih 50 peratus untuk kerusi Parlimen.
"Suara pertama saya, dari lubuk hati saya. Saya melakukan tugas saya untuk negara saya," tulis Kyal Sin pada posting media sosialnya selepas membuang undi pada November tahun lalu.
Sumber FB Malaysia News Lab
Post a Comment