Tetapi kemudian manusia mana yang layak untuk menilai atau mempersoalkan jodoh orang lain, bukan? Sekiranya diputuskan untuk mengahwini seseorang yang jauh lebih tua atau lebih muda oleh 'pemilik hati', buktinya ialah ramai juga orang menikmati kebahagiaan sehingga anak cucu mereka.
Begitulah seperti kisah dikongsi oleh seorang gadis bernama Lia yang berasal dari negara jiran Indonesia ini, di mana dia mendedahkan bakal berkahwin dengan ayah kepada sahabatnya sendiri.
Bibit cinta antara Lia dan teman lelakinya mula tumbuh sejak dia sering menghabiskan masa dengan rakan baiknya di rumah semasa pandemik Covid-19.
"Kadangkala bila saya dan kawan keluar bersama, bapanya turut ikut serta. Selain itu, saya pernah juga ‘lepak’ di rumah kawan dan makan bersama keluarganya (termasuk bapanya),” jelasnya kepada Tribun News.
Menurut Lia, pada mulanya hubungannya dengan lelaki itu tidak disetujui oleh keluarga kerana status duda lelaki itu dan jurang umur antara keduanya, lapor berita Tribun. Mana tidaknya, usia teman lelakinya dikatakan sama dengan usia ayah kandungnya.
Bagaimanapun, akhirnya ibu bapa Lia membenarkan perhubungan mereka diteruskan apabila mereka berdua dilihat bahagia bersama. Selain itu, rakannya juga merestui hubungan mereka dengan syarat tidak menyakitkan hati ayahnya.
Seperti yang dilaporkan oleh Tribun News, kedua-dua pasangan itu dijangka akan melangsungkan pernikahan pada tahun ini juga.
Menjengah di ruangan komen video di akaun TikTok miliknya, rata-rata netizen teruja dan berseloroh menyamakan hubungan percintaan mereka seolah-olah ‘sinetron’ yang disiarkan di televisyen.
Sumber: TikTok @lia_asyifa, Tribun News
Kredit asal BorakDaily
Post a Comment