Seorang gadis yang memakai tudung di Indonesia telah dikritik oleh pengguna internet setelah memuat naik video dan foto ke aplikasi TikTok, mengakui bahawa dia berada di sebuah kelab malam bersama dua rakannya yang juga mengenakan hijab.
Melalui rakaman video tersebut, @nadiatur_rizki mengatakan bahawa dia hanya ingin menikmati milkshake coklat sambil menikmati persembahan secara langsung oleh pemuzik di tempat tersebut.
"Orang lain berjoget, kita cuma nyanyi. Orang lain pesan minuman beralkohol, kita pesan milkshake. Orang lain pulang atas jam 12 tengah malam, kita jam 10 dah cabut,” tulisnya pada video berdurasi 19 saat itu.

Tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang netizen yang menyifatkan kumpulan gadis itu sengaja menjatuhkan maruah wanita bertudung selain boleh mendatangkan fitnah terhadap agama Islam.

Namun begitu, ada juga segelintir individu mengatakan tempat dikunjungi gadis terbabit adalah kafe biasa yang mempunyai ‘vibes’ kelab malam selain mungkin sekadar ‘content’ untuk meraih perhatian semata-mata.

Sumber: TikTok @nadiatur_rizki, borakdaily

Post a Comment

Previous Post Next Post