Tambah hangat lagi apabila ibu mentua, Mariana Yati mendakwa menantu kesayangannya itu sudah lama mempunyai kemelut dengan ibu kandungnya.
Hannah Delisha walaupun bagaimanapun menerusi satu kenyataan di media sosial memohon maaf di atas kontroversi yang tercetus. Jelasnya, seperti orang lain dia juga mempunyai masalah peribadi tersendiri.
Terbaru, ibu Hannah Delisha menerusi Instagram @kakcikwujudku memuat naik sinopsis Hikayat Antah Berantah #IbuTidakRestu memohon ‘smart people’ meneliti sebuah gambar.
Menurutnya, persepsi dan interpretasi seseorang mengenai sesuatu isu adalah subjektif. Oleh itu dia menyeru ‘smart people’ menggunakan akal untuk bertanya dan berfikir mengenai puisi yang dimuat naiknya sebelum ini.
Sumber Beautifulnara
Post a Comment