Isa Khan menjelaskan bahawa pada majlis perkahwinan mereka, hanya 15 tetamu yang dibenarkan hadir, mereka adalah ahli keluarga terdekat. Dia juga memberitahu bahawa dia memenuhi permintaan Risteena dengan wang hantaran sebanyak RM32,000.
“Untuk kahwin saya beri RM1000 manakala wang hantaran adalah RM32,000. Jumlah wang hantaran itu merupakan simbolik usia Risteena pada tahun ini iaitu 32 tahun. Wang hantaran itu merupakan atas permintaan dia juga.” Ujarnya.
Pasangan itu ditemui di majlis resepsi bersama keluarga dan rakan media malam tadi di dewan Ballroom Quill City Mall di Kuala Lumpur. Risteena, yang juga ditanya mengapa mereka berdua tidak meneruskan akad nikah yang hanya boleh diadakan di pejabat agama tahun lalu.
Jelas Risteena, pelakon dan suaminya itu berhasrat untuk menghalalkan hubungan mereka secepat mungkin, tetapi mereka telahpun mempunyai rancangan mereka sendiri.
“Tapi kenapa kami perlu nikah atas disebabkan orang lain yang suruh. Ia akan membuatkan kita sendiri tak gembira. Kita nak kahwin dengan suasana yang happy dan berkongsi momen indah bersama keluarga.” jelasnya.
Terdahulu, Isa dan Risteena telah selamat mendirikan rumah tangga hanya dengan sekali lafaz di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Pasangan ini juga telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 lalu ketika bercuti di Bali.
Sumber Astro Gempak
Post a Comment